Terdapat beberapa ciri Pintu Pagar Tanpa Trek DELUX Aurora antaranya:
1. Sistem Kunci 3 Ensel Putar
Dilengkapi Sistem Kunci 3 Ensel Putar yang berfungsi untuk cengkaman selamat pada setiap panel pintu, sehingga sukar bagi perompak memecah masuk rumah.
2. Disaluti bahan premium yang tahan lama
Bahan digunakan pada Pintu Pagar Tanpa Trek DELUX Aurora mampu menahan iklim di Malaysia yang mendapat hujan dan panas sepanjang tahun.
Ia sekali gus mengelak daripada mudah reput, pudar dan hanya memerlukan penyelenggaraan minimum.
3. Sistem Keselamatan Inframerah
Anda tidak perlu bimbang keselamatan anak-anak ketika bermain di halaman rumah. Ini kerana ia dilengkapi sensor Inframerah Keselamatan yang akan mengesan anak-anak atau mana-mana objek terlalu dekat dengan pagar. Pintu pagar secara automatik akan berhenti untuk mengelakkan mereka daripada tersepit.
Emily menambah, pintu pagar universal direka dalam pelbagai bentuk sehingga mencapai 11 meter kepanjangan manakala tingginya kira-kira 1.7 meter dan mampu memasukkan lima kereta.
“Kami juga mencipta motor yang ada penyimpan tenaga (power back-up). Jika terputus bekalan elektrik, ia masih berfungsi dengan hanya menekan butang kawalan jauh.
“Motor ini akan bertahan selama 48 jam. Jika masih gagal berfungsi, ada kunci khas disediakan dan masukkan dalam tempat kekunci, tekan secara manual.
“Berbanding sebelum ini, kebanyakan kita terpaksa panjat pagar untuk menekan butang. Seperkara lagi, jika berlaku kecemasan, pintu langsung tidak boleh dibuka, jadi terdapat sistem yang mana akan berfungsi jika keadaan ini berlaku. Sistem ini perlu diatur pada awal kawalan.
“Jika anda ada tugasan atau mahu bercuti di luar negara, anda tidak perlu risau kerana pagar ini memiliki ciri keselamatan tersendiri. Ia di mana hanya pemilik sahaja boleh membukanya dan ini sekali gus dari rumah di ceroboh.
“Mungkin ada tertanya-tanya berapa harga yang dikenakan. Justeru, harganya sekitar RM10,300 hingga RM54,050 dan pelanggan boleh memilih mengikut kemampuan masing-masing. Harga ini untuk pelanggan di Semenanjung sahaja,” katanya.
Untuk memudahkan pelanggan, Emily berkata, pihaknya juga menyediakan bayaran bulanan sama ada setahun atau dua tahun melalui bank terpilih.
Justeru, ada berita baik buat pelanggan bersempena Hari Raya ini apabila tawaran rebat sehingga RM3,000 untuk penukaran pagar baru atau ‘trade-in’ serta pelan ansuran bulanan daripada RM429.20 untuk tempoh 24 bulan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari www.mydelux.com.my atau menghubungi ditalian 03-8066 8804 atau kunjungi bilik pameran DELUXE di Pusat Beli-belah IOI Mall Puchong.